< Kembali

Bekas pengetua Asrama Akhlak didakwa salah guna wang lebih RM43,000

Berita
Sinar Harian
255 Hari

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengetua Asrama Akhlak (Lelaki) Kempas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menyalahgunakan wang bernilai RM43,098.20 berkaitan lebihan tuntutan bayaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, tiga tahun lepas.

Mohd Baharudin Admin, 45, juga tidak mengaku bersalah terhadap terhadap empat tuduhan pilihan memalsukan dokumen senarai Daftar Kehadiran Harian Tahanan Sementara (TS) Asrama Akhlak (L) Kempas kepada JKM Negeri Johor, pada tahun sama, selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya hari ini.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan