KANGAR – Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar dalam kejadian jam 9 hingga 10 malam Selasa lalu.
Dalam kejadian itu mangsa dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.