KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun adalah antara empat individu yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 November lepas.
Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; bekas Hakim Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Profesor Madya Dr Hartini Saripan.