< Kembali

Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kerana amang seksual

Berita
Sinar Harian
6 Hari

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurulatih wushu dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan