KOTA KINABALU – Bekas finalis MasterChef Malaysia bersama bekas suaminya dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka empat tahun lalu.
Tertuduh, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, turut dikenakan hukuman 12 sebatan manakala Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dikecualikan daripada hukuman itu secara mandatori atas faktor jantina mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.