KUALA LUMPUR – Bekas Eksekutif Kanan Bahagian Pembangunan Industri dan Infrastruktur Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000 kerana memudahkan pinjaman wang yang dibuat sebuah syarikat daripada agensi itu.
Fauzi Yaacob, 55, yang kini Ketua Unit Pengurusan Aset dan Perolehan Harta Prima Realties Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.