PADANG BESAR – Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menghantar borang keahlian kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lepas bagi menyertai parti itu sebagai wadah perjuangan politiknya yang baharu dengan visi untuk memperkukuh kedudukan PKR di Perlis.
Zahidi, yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal serta merupakan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.