KOTA BHARU – Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah penyelesaian sementara bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi untuk pengguna.