SHAH ALAM – Hukum syarak menetapkan proses pembedahan, pembekuan dan pengawetan mayat adalah haram di sisi agama Islam kecuali jika terdapat keperluan yang mendesak kerana perbuatan itu menyakiti jenazah.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, perbuatan menyakiti jenazah dikira sebagai suatu bentuk penganiayaan dan amat menyalahi hukum syarak kecuali ada sebab darurat tertentu.