PUTRAJAYA – Pelantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sebagai pemangku Ketua Hakim Negara mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengamal undang-undang yang melihat langkah itu bakal berisiko membebankan institusi kehakiman.
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, meskipun pelantikan sementara itu sah dari segi undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, namun beliau mempersoalkan rasional memberikan dua tugas utama kepada satu individu.