KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan telah menetapkan kadar sewa bagi tapak bazar Ramadan di negeri ini bermula dari RM200, mengikut jajahan masing-masing.
Exco Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, harga ditawarkan itu adalah sangat rendah kerana termasuk lesen dan sebagainya, berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.