BANGKOK – Seorang bayi baru lahir menjadi mangsa tragis apabila dimakan seekor biawak besar berukuran kira-kira dua meter berhampiran kawasan perumahan pekerja migran di daerah Bang Phli, di sini pada Jumaat.
Menurut laporan The Independent, hanya bahagian kepala bayi tersebut yang masih tinggal ketika ditemui pasukan penyelamat dari Yayasan Ruamkatanyu, manakala bahagian tubuh lain dipercayai telah dimakan reptilia berkenaan.