Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap tangan bapanya yang terkena serangan jantung di rumah mereka di Jalan Perigi Hang, Melaka pada Khamis.
Kejadian yang berlaku jam 9.30 pagi itu disedari isterinya, Azura Abdul Malik, 40, yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan.