SHAH ALAM – Selepas menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial mengenai pengisian ibu dan anak yang membawa watak suami isteri, pemilik akaun TikTok, Dya Romantika Life tampil memberikan penjelasan bahawa ia hanya lakonan semata-mata.
Dia berkata, warganet dilihat sedikit sensitif susulan beberapa isu berkaitan kanak-kanak bawah umur seperti ‘Abang Bas’ dan telah mengheretnya dengan mendakwa apa yang dilakukan itu salah.