HULU TERENGGANU – Jabatan Perikanan Terengganu mengesan terdapat dua spesies ikan pemangsa, baung ekor merah dan peacock bass di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu serta Tasik Telabak, Besut.
Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, ancaman kehadiran ikan pemangsa itu masih terkawal namun tetap memandang serius tindakan melepaskan ikan pemangsa yang merosakkan ekosistem sungai sedia ada.