Peminat dua kumpulan legenda tanah air, Slam dan Exists tidak melepaskan peluang membeli tiket apabila mengetahui kugiran kegemaran mereka akan mengadakan Konsert Slam X Exists – Our Journey pada 26 Julai 2025 depan.
Malah kategori tiket PS4 Langkah Seiringan telah habis dijual manakala tiket PS3 terjual dengan laju dan hampir sold out hanya dalam tempoh kurang seminggu selepas pengumuman konsert dilakukan.