ALOR SETAR – Para petani yang terjejas dengan banjir memohon agar kerajaan dapat menyalurkan bantuan tunai kepada mereka dengan segera bagi menyuntik modal bagi pusingan tanaman padi seterusnya.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata, tanaman padi yang rosak akibat banjir pada kali ini disifatkan antara terburuk bagi sektor pertanian di Kedah dan Perlis dalam tempoh 20 tahun yang menyaksikan mereka kehilangan hasil.