PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang secara percuma kepada mangsa banjir.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas musim banjir, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas untuk memastikan urusan tersebut disegerakan.