BATU GAJAH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh, hari ini dengan paras air mencecah 1.5 meter.
Menteri berkenaan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini menunggu laporan penuh kejadian dan akan meneliti isu itu bagi mengelak insiden berulang.