MELAKA – Bangunan yang runtuh dan mengakibatkan seorang pekerja maut di Bukit Senjuang di sini, adalah projek pembinaan yang dilakukan secara haram tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, hasil semakan jabatan berkaitan mendapati syarikat swasta milik individu itu tidak membuat sebarang permohonan bagi projek pembinaan bangunan dipercayai tiga tingkat itu kepada PBT.