BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mengarahkan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bangkok sebagai kawasan darurat berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan ibu negara Thailand.
Paetongtarn yang kini dalam lawatan kerja ke Phuket turut memerintahkan pelaksanaan segera langkah tindak balas dan mobilisasi sumber untuk operasi bantuan gempa bumi.