Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan berkongsi kisah di mana dia pernah menangis teruk kerana sukar mendapat kerja disebabkan kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.
Zubir atau nama penuh Muhammad Zubir Mohamad Ali berkata, dia juga mahu bekerja dan berdikari selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berhasrat untuk memberi wang kepada ibu bapanya hasil daripada titik peluh sendiri.