ISKANDAR PUTERI – Bangkai helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, minggu lalu dijangka dinaikkan pada Khamis.
Difahamkan perkara itu antara yang dicapai menerusi Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Antara Agensi bagi Operasi Menaikkan Bangkai Pesawat yang berlangsung di Markas Operasi Bersepadu di lokasi nahas pada Rabu.