SHAH ALAM – Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan Banci Pertanian 2024 bermula 7 Julai hingga 10 Oktober depan.
DOSM dalam satu kenyataan berkata, liputan banci merangkumi empat subsektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan atau akuakultur serta perhutanan dan pembalakan.