Seorang pempengaruh media sosial Indonesia, Arif Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mak Beti, tular selepas jatuh sakit ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Sebelum sakit, Arif memuat naik video bergurau mengenai kekeliruannya mencari arah kiblat di bilik hotelnya, menyatakan ketiadaan penunjuk arah kiblat seperti yang biasa terdapat di hotel-hotel di Indonesia.