KOTA KINABALU – Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyifatkan tindakan membakar karikatur Perdana Menteri sebagai tidak mencerminkan intelek mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UMS, pihak universiti memandang serius tindakan peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang membakar karikatur tersebut, yang tular di media sosial.