TAIPING – Deretan 12 motosikal rentung di Kampung Tanjung Medan, Layang Kiri, Parit pada awal pagi Isnin berpunca daripada bekas telur yang dibakar untuk menghalau nyamuk.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, siasatan awal mendapati, kes itu berlaku akibat kecuaian pemilik yang membakar bekas telur dipercayai bagi menghalau nyamuk.