Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Jad Rizalman Washif telah mencipta rekod baharu Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau menerusi dua kategori berbeza iaitu acara pecut 100-meter dan 200-meter.
Pelajar berusia 17 tahun itu memadam rekod lama 11.0 saat acara 100-meter yang dipegang Rozaidi Ismail Othinin sejak 2016 dengan catatan baharu 10.5 saat. Manakala dalam acara 200-meter pula Jad mencatat masa 21.9 saat sekaligus memadam rekod lama 22.2 saat yang dipegang Azhad Khatidin Masile sejak 2018.