Adik kepada pelakon Nur Nilam Ortiz, yang dikenali sebagai Epul meluahkan rasa tidak puas hati selepas kakaknya didakwa diserang oleh bakal madu di rumah mereka baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Epul menjelaskan bahawa dia sudah menasihatkan kakaknya untuk membuat laporan polis namun dihalang oleh abang iparnya yang juga pelakon, Azlan Komeng.