PARIS – Berbaki beberapa minggu sahaja lagi menjelang pembukaan Sukan Olimpik 2024, pelbagai kemelut dan ‘drama’ melanda Perancis, seolah-olah memberi gambaran awal bahawa penganjuran kali ini akan mengalami nasib yang agak kelam dan berliku.
Mengimbau semula detik perjalanan sebelum menjadi tuan rumah sukan paling berprestij itu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana Perancis pernah dikecewakan selama tiga kali apabila tewas dalam proses membida pada tahun 1992, 2008 dan 2012.