PUTRAJAYA – Tan Sri Dr Azmi Rohani dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara berkuat kuasa pada 1 Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Shamsul Azri menerusi kenyataan pada Isnin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Azmi, 59, itu yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sejak 1 Januari 2017.