Asbab kini mampu berjalan disebabkan minyak urut buatan sendiri, isteri kepada Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suaminya kini rancak menjalankan perniagaan minyak urut secara kecil-kecilan.
Ingin membantu golongan yang memerlukan, Nilam berkata dia dan Azlan memilih untuk menjual minyak tersebut disebabkan keadaan aktor itu yang kian bertambah baik.
Selain untuk menampung kehidupan sekeluarga, nawaitu utama pasangan suami isteri ini hanya mahu berkongsi kebaikan minyak itu.
Menceritakan pengalaman Azlan yang kini boleh berjalan, Nilam memberitahu semua itu adalah berkat usaha bantuan ibunya yang juga merupakan bidan kampung.
“Sebenarnya ini semua atas izin Tuhan abang boleh berjalan dan berkat usaha kami juga. Mula-mula saya memang buntu dan akhirnya saya minta pandangan mak.