Ayam Brand™, jenama sinonim dengan produk sardin, mackerel, tuna, dan saba dalam tin, kini meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan ayam carik yang pertama!
Ayam Carik Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas merupakan inovasi terbaharu Ayam Brand™. Kedua-dua produk ini mengekalkan ciri utama jenama – tanpa bahan pengawet, enak dan yang paling penting, mudah untuk dinikmati!