PENYANYI, Akim Ahmad, telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok sejak tahun lalu selepas bapanya disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lepas.
Katanya, pengalaman itu menjadi titik tolak buat dia dan adik-beradik lelaki yang lain untuk meninggalkan tabiat merokok dan mula memberi tumpuan kepada gaya hidup yang lebih sihat.