SHAH ALAM – Satu klip video tular di media sosial memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan menari dan menyanyi bersama ayahnya dengan gembira mencuit hati warganet.
Ibunya, Atika Naseha Abd Rahman, 32, berkata, ketika itu suami, Muhammad Amin Nordin, 34, baru sahaja mengambil anaknya, Adya Naurah Muhammad Amin, 10, pulang dari sekolah.