Pada usia 56 tahun, lagenda rock negara, Datuk Awie pernah mendedahkan pada awal bulan ini bahawa beliau dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bakal menimang anak ketujuhnya tidak lama lagi.
Cahaya mata Awie sememangnya dilahirkan secara berturutan sejak beliau mendirikan rumah tangga bersama bekas isteri pertama, Arni Nazira dan bekas isteri kedua, Rozana Misbun sehinggakan ramai peminat yang terlupa bahawa anak-anak beliau kian menginjak ke usia remaja serta belia atau young adult.