Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe.
Pada masa yang sama, treler rasmi juga telah dilancarkan dan diikuti dengan pelancaran poster rasmi.
Selain itu, pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam.
Langkah berani ini menyaksikan ‘Keluang Man’
membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan
lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan.
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man
yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Treler ini bukan sahaja mencetus keterujaan luar biasa di kalangan peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem adiwira
setanding produksi antarabangsa.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, selepas mengumumkan penghasilan filem ‘Keluang Man’ sejak tiga tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha berterusan dijayakan.
“Antaranya, kerjasama strategik bersama Kopi
Wonda, kemunculan pertama Keluang Man bersama sutnya pada acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, serta mural gergasi Keluang Man yang diabadikan di Kluang, Johor.
“Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi menyaksikan permulaan bagi Astro Shaw
Cinematic Universe yang penuh dengan pengalaman segar.
“Kami teruja untuk memperkenalkan
superhero ikonik Malaysia ini dengan cara yang memberi impak merentasi di pelbagai platform.
“Istimewanya, filem ini telah menarik minat pelbagai jenama besar produk tempatan untuk turut
serta menjayakan inisiatif pemasaran.
“Ia bukan sahaja mencerminkan sokongan yang tinggi
terhadap kandungan tempatan, malah membuktikan potensi besar kandungan kreatif Malaysia
sebagai platform berimpak tinggi yang merancakkan ekosistem di antara industri hiburan dan sektor kepercayaan buat filem ini.
“Hari ini, kami mahu meraikan superhero original Malaysia dan memperkenalkan legasinya kepada
generasi baru.
“Dengan penuh rasa bangga, kami mempersembahkan treler rasmi dan diharapkan
dapat menyuntik lagi keterujaan penonton.
“Filem Keluang Man sudah bersedia untuk memeriahkan pawagam, jadi nantikan kemunculannya pada 29 Mei ini,” ujarnya.
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Saksikan kemunculan hero lagenda tanah air, Keluang Man dipawagam pada 29 Mei depan.