Astro hari ini telah melancarkan pelan langganan baharu yang dinamakan sebagai Astro One. Pelan ini dikatakan ingin memudahkan para pengguna menikmati pelbagai kandungan secara lebih ringkas dan lebih fleksibel. Setiap pelan kini boleh diubahsuai dengan mudah seperti menambah akses saluran tambahan atau melanggan platform penstriman pihak ketiga.
Tiga pelan baharu ini adalah Entertainment Pack, Sports Pack, dan Epic Pack. Setiap pelan ini membenarkan pengguna menambah 11 pilihan platform penstriman serta beberapa pek saluran tambahan. Bukan itu sahaja, pelan Astro One ini turut membenarkan pengguna menyertakan sekali langganan pelan jalur lebar Astro Fibre, ciri Multiroom dan banyak lagi.