KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA’ bermula 15 Ogos hingga 16 September 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, pelaksanaan kempen berkenaan bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan kesaksamaan yang memberikan impak positif dalam masyarakat.