Pengiktirafan dan penghargaan. Dua perkara yang pastinya memberi makna mendalam, terutamanya buat mereka yang selama ini telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan kelangsungan negara.
Ya, kita bercakap mengenai mereka yang bergelar penjawat awam Malaysia. Tanggungjawab besar yang dipikul serta masa dan keringat yang dikorbankan demi kemajuan bersama, pastinya memerlukan sedikit ruang untuk berehat, bersantai, dan menikmati hiburan berkualiti bersama keluarga tersayang.