KUALA LUMPUR – Asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh terbakar pada Isnin sekitar jam 8.30 malam.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, insiden itu tidak melibatkan mangsa.