MERBOK – Sebuah bangunan asrama menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz An Nur di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.19 pagi.