SHAH ALAM – Pembukaan reruai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 mendekatkan lagi pengunjung dengan manfaat pelaburan sekali gus menggalakkan mereka menguruskan kewangan dengan lebih efektif.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman berkata, menerusi usaha tersebut, pihaknya turut menyediakan kiosk dan Unit Bergerak ASNB (UBA) bagi tujuan memudahkan urusan pelanggan termasuk mendaftar myASNB dan Auto Labur.