KUALA LUMPUR – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.59 bilion (AS$1=RM4.72) setakat akhir Mei 2024 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.0 juta, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Menerusi kenyataannya pada Jumaat, bank pusat itu berkata, butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).