KUALA LUMPUR – ASEAN berjaya mencapai matlamat yang disasarkan bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan hasil daripada semangat perpaduan yang padu dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pemimpin serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung, kepengerusian Malaysia telah membolehkan perbincangan yang lebih mendalam dengan rakan luar ASEAN, khususnya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.