MEXICO CITY – Ismael ‘El Mayo’ Zambada, tokoh penting dalam kartel Sinaloa dan antara raja dadah paling berpengaruh di Mexico, telah ditangkap di El Paso, sebuah bandar sempadan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Peguam Negara AS, Merrick Garland mengumumkan penangkapan itu pada Khamis, yang turut melibatkan Joaquin Guzman Lopez, anak kepada bekas rakan kongsi Zambada dan ketua kartel terkenal Joaquin ‘El Chapo’ Guzman Loera.