KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy memberitahu Mahkamah Tinggi pada Khamis bahawa beliau tidak bertanya mengenai alasan dua juruaudit syarikat tersebut diberhentikan.
Juruaudit 1MDB, Ernst & Young (EY) dan KPMG, masing-masing ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan 2013.