KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mengaku di Mahkamah Tinggi pada Jumaat bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan negatif berhubung keadaan hal ehwal syarikat itu seperti yang dilaporkan media tempatan dan luar negara.
Beliau membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam 1MDB, Datuk Lim Chee Wee berkaitan AS$700 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.