PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan skuad Harimau Selatan sama ada bagi saingan tempatan atau di peringkat Asia.
Pemain berusia 22 tahun itu berkata, semua perlawanan adalah penting dan dia akan terus bekerja keras untuk menjaringkan gol bagi JDT.