LEGENDA bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi akan terus membuktikan kualiti dimilikinya walaupun telah tampil menyerlah dalam saingan domestik dan Asia ketika ini.
Menurutnya, pemain berusia 22 tahun itu masih mampu meningkat naik sekali gus menjadi antara pemain terbaik yang pernah dimiliki negara.